Alha Alfa Cosmetics telah melancarkan TV Commercial yang bertemakan “Perbezaan Itu, Keunikan Kita”. Berkonsepkan modern kontemporari dan menampilkan pelbagai jenis produk yang bersesuaian dengan kulit Asia. Buat pertama kalinya, Alha Alfa Kosmetik mengangkat talent yang beraski di dalam TV Commercial ini daripada kalangan mereka yang berwajah Pan Asia dan Melayu.
Mesej yang dibawa dalam TV Commercial Alha Alfa Cosmetics ini telah mengangkat karakter wanita kulit bersopak dan ia mendapat perhatian ramai di dalam dunia solekan. Terbukti TVC ini tidak membezakan mereka dikalangan wanita. Keunikan, Keaslian & kesempurnaan memiliki produk Alha Alfa Cosmetics menggambarkan lifestyle yang moden serta bersahaja untuk mempersiapkan diri dalam apa juga acara serta tujuan seseorang wanita itu.
Turut menyaksikan penampilan khas di babak akhir, bersama Dato Alha Alfa, selaku Pengasas & Profesional Make-Up Artis Malaysia dipaparkan dalam TV Commercial Alha Alfa Cosmetics ini dengan membawa tagline produknya “PERBEZAAN ITU KEUNIKAN KITA”